PANDUAN MUKMIN

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Berkata kata dengan sengaja,
2. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.
3. Melakukan pergerakan melebihi 3 kali.
4. Menambah atau mengurangkan rukun solat.
5. Menambah atau mengurangkan rakaat solat (kecuali dalam solat secara qasar ).
6. Kedatangan hadas ( hadas kecil atau hadas besar ).
7. Terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan.
8. Terbuka aurat.
9. Membelakangkan kiblat.
10. Mengubah niat.
11. Makan dan minum walaupun sedikit.
12. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam.





RUKUN SOLAT

1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Berdiri betul bagi yang berkuasa
4. Membaca Surah Al-Fatihah
5. Ruku' serta toma'ninah
6. I'tidal serta toma'ninah
7. Sujud serta toma'ninah
8. Duduk antara dua sujud serta toma'ninah
9. Duduk tahiyyatul akhir
10. Membaca tahiyyatul akhir
11. Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyyatul akhir
12. Memberi salam pertama
13. Tertib



CARA BERWUDHU'

1. Mulailah dengan mengucapkan Bismillaahir rahaanir rahiim..
2.Menghadap kearah kiblat
3.Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba dan sebagainya.
4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.
5. Berkumur-kumur
6. Masukkanlah air ke dalam hidung , lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq)
7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap
8. Mulailah dengan anggota wudhu' yang sebelah kanan.
9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3x)
10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'
11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali)
12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga.
13. Bila selesai berwudhu' , hadapkan muka ke arah kiblat dab berdoalah dengan membaca :

      Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang orang yang suci.



No comments:

Post a Comment